Makluman
PEMAKLUMAN PENTING : Dimaklumkan bahawa terdapat dua (2) penambahbaikan telah dilakukan bagi Fungsi Permohonan Cuti Rehat dan Permohonan GCR . 1 ) Sistem HRMIS tidak akan membenarkan permohonan Cuti Rehat yang baru sekiranya terdapat transaksi permohonan cuti rehat yang tidak selesai dan jumlah keseluruhan cuti yang tersebut melebihi 3 hari. Ini bertujuan untuk mengurangkan masalah pegawai memohon cuti melebihi kelayakan. 2 ) Sistem HRMIS juga tidak akan membenarkan permohonan GCR sekiranya terdapat transaksi permohonan cuti rehat yang tidak selesai. Ini bertujuan untuk memastikan permohonan GCR yang dibuat adalah berdasarkan baki cuti yang sebenar sebelum permohonan GCR dibuat. Oleh yang demikian, Pemohon Cuti hendaklah memastikan semua permohonan cuti rehat telah selesai sebelum permohonan cuti rehat yang baru boleh dibuat. Pemohon Cuti boleh menyemak status permohonan cuti di menu Pengurusan Saraan Faedah dan Ganjaran ->Pengurusan Cuti->Penyemakan Cuti->Pemohon Cuti-> pilih TAB Status Cuti